Photobucket
hyte!!! wlkom to ma lubly damn world! haha.. nothing much..but wut i rili2 noe..i rili2 lub the sibling damn2 much lol.. wit out them i felt empty! siyesly lol..its comes from bottom of ma heart! they are ma soul..ma life..and ma everythings! wit out them i NOTHING! hahaha... guys! pls..believe me..u`ols r ma everything now either ma family must come 1st la kan!♥♥♥♥♥♥♥

Friday, July 29, 2011

S'pore PELAKON terhebat di padang!

Penyelamat Malaysia! <3

TERSINGKIR di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.
Bagi pengendali negara berusia 55 tahun itu, barisan Harimau Malaya sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu jika tidak kerana taktik pemain lawan yang gemar melengah-lengahkan permainan.

“Saya tidak fikir keputusan ini adil buat kami, secara jujurnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Walaupun secara keseluruhan kami tidak tewas malam ini (semalam), saya gembira dengan permainan pemain-pemain khususnya pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.


Semuanya tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama apabila bahagian serangan yang diketuai, Mohd Safee Sali gagal memecah benteng pasukan pelawat meskipun mendapat sorakan padu 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketiadaan kapten, Mohd Safiq Rahim yang digantung perlawanan nyata memberi kesan apabila pengganti Ismail Faruqi Ashari tenggelam di bahagian tengah.


Sebaliknya skuad singa memperoleh sekurang-kurangnya tiga percubaan terbaik termasuk sepakan jarak dekat pemain ‘import’ Qiu Li dan Aleksandar Duric namun berjaya dihalang dengan ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.



Dengan pemain Singapura kendalian Radojko Avramovich lebih gemar ‘berlakon’ seperti kecederaan untuk melengah-lengahkan permainan, babak pertama berakhir 0-0.

Namun kedudukan berubah pada separuh masa kedua. Bermula dengan gerakan pemain sayap lincah, S Kunanlan bijak memperdayakan dua pemain Singapura melorongkan bola kepada Safee yang merembat deras menewaskan penjaga gol Mohamad Izwan Mahbud di minit ke-57.




amun ketika Harimau Malaya hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 5-5, pintu gol dibocori di minit ke-72 hasil percubaan pemain natrulisasi dari China, Shi Jiayi sekali gus menyentap semangat juang anak buah Rajagobal.

Tambah perit pemain gantian Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah pengadil Jepun, Takayama Hiroyoshi pada masa tambahan dengan Singapura pula meneruskan taktik melengahkan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.


“Kami mendapat satu gol dan kami sepatutnya boleh menambah jaringan kedua tapi permainan kami sering diganggu dengan tindakan pemain Singapura yang kerap cedera.


“Saya tidak fikir pemain-pemain mengecewakan peminat yang datang memberi sokongan kerana mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.


Dengan agregat 6-4 Singapura mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan manakala Malaysia juara Piala Suzuki AFF dan Sukan Sea Laos 2009 pula terus kempunan sejak bersaing di peringkat kelayakan Piala Dunia pada 1974.



Lose wit Dignity!

Malaysia berjaya menjaringkan gol


KEHADIRAN kira-kira 90,000 penyokong gagal membangkitkan semangat Harimau Malaya untuk memadamkan kelebihan dua gol Singapura pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Skuad kendalian ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sekali gus membolehkan negara jiran itu mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia dengan agregat 6-4.

Ketiadaan kapten negara, Mohd Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah jelas memberi kesan kepada jentera tengah skuad negara apabila penggantinya, Ismail Faruqi Ashari gagal mencorakkan sebarang gerakan berbahaya untuk barisan depan negara diketuai Mohd Safee Sali yang dilantik sebagai kapten malam semalam.


Malah Ismail Faruqi dilihat gagal bergandingan dengan baik bersama Amar Rohidan untuk menguasai bahagian tengah membolehkan lawan bebas mengatur serangan ke kubu negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat dan keadaan bertambah parah apabila tonggak pertahanan tengah berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dikeluarkan pada minit ke-22 kerana kecederaan.

Harimau Malaya seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol Kelantan itu apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya lawan terutamanya percubaan jarak dekat Qiu Li pada minit ke-10 serta sepakan percuma Mohamad Shaiful Esah Nain pada minit ke-38.


Skuad negara juga sebenarnya mempunyai peluang awal untuk membuka jaringan namun rembatan lemah S Kunanlan dalam kotak penalti pada minit keempat berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud. Walaupun menyedari kepincangan dalam skuadnya pada babak pertama, Rajagobal masih menaruh kepercayaan kepada kesebelasan pemain yang sama di awal babak kedua sekali gus meyaksikan Aleksandar Duric dan rakan-rakan terus menguasai permainan.



Gol semangat yang ditunggu akhirnya tiba menerusi rembatan penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Sali pada minit ke-57 untuk merapatkan kedudukan 5-4 secara agregat selepas Singapura mencatatkan kemenangan 5-3 di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Namun gol yang membakar api perjuangan pemain negara itu segera dipadamkan Singapura pada minit ke-72 apabila Shi Jiayi akhirnya berjaya menewaskan Khairul Fahmi untuk menyamakan kedudukan.


"Avramovic puas hati" - Coach S'pore

          APA saja yang kritikan yang dilemparkan kepada pemain-pemainnya tidak diendahkan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic kerana baginya, pasukannya berhak untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 selepas mengatasi Malaysia menerusi agregat 6-4 malam tadi.
Radojko yang turut dikenali dengan gelaran Raddy berpuas hati dengan barisan pemainnya yang berjaya mengharungi sorakan padu 90,000 penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baginya, keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua dengan Malaysia sudah cukup untuk mereka mara ke peringkat seterusnya walaupun pemain-pemainnya dikritik kerana bermain kotor kerana gemar melengah-lengahkan permainan.


“Ini perlawanan yang hebat dipamerkan kedua-dua pasukan. Kami sebenarnya boleh menjaringkan lebih dua gol dalam perlawanan ini tapi saya tidak faham dengan beberapa keputusan pengadil malam ini (semalam).

“Saya tidak fikir pemain saya sengaja melengah-lengahkan permainan kerana mereka sebenarnya memang cedera. Pengadil sepatutnya melindungi pemain-pemain,” katanya pada sidang media semalam.


dipetik dari :: http://www.hmetro.com.my

Wednesday, July 27, 2011

Sugar Glider name QiQi

Al-kisahnya...mlm td..g lepaking kt Danau Kota punya Uptown la...jln punya jln (window shopping)..tber2 ader 1 petshop kt citu yg jual Sugar Glider shj..so ape lg..cik Zurra pon menyinggah la kt citu..nk tgk2 katanya..
tgk punya tgk..kitorg tnya harga..

tnya punya tnya abg tuh letak rm270 sekor..ok lg..zurra pon cm nk beli..tawar punya tawar..last price dpt rm350 include :: sangkar(big), shampoo, supplement, sugar glider sekor, porch bag....hah!! xke murah tuh!! giler babeng la!!!

sugar glider tuh plak..bapok la chomel nyer..tuhan je yg tahu..da la baby..comel lak tuh..kecik jer...da nme pon baby kan! hahahha...adoiii...xmampu nk ckp cmner..tp qiqi tuh meme comeyh la! geram jer!

1st nite..zurra xpat jaga..so cik rose jaga..hahaha...agak batak ckit la kan..sbb tak nk tido walaupon mata da nk terburai..sbb ape..dok tgk gelagat qiqi..hahaha...cute giler! hahaha..kitorg siap da ader nme pggilan da..zurra :: MUMMY cik Rose :: mama!!! hahhaa..korg ader? xder kan? ;p

tp mlm ni mummy nk amek da qiqi..huhu..i'll be missing u qiqi!! huhu... <3


Malaysia vs S'pore - Kelayakan Piala Dunia Zon Asia



korg mesti tau bahawasanya esok adalah tarikh keramat bg Malaysia kan? hahahaha..mna yg xtau tuh sje wat2 xtau ker or mmg xamek tau? xbaek korg ni.. :)

tapi yang paling menghampakan cik Rose and friends adalah :: kami xdapt beli tiket tuh la!!! giler sedih la!! cm nk ngis!! (yer ker :p) nk book on9 xder credir card! cmno? hancur hati ku~ (smbl nyanyi lgu DEWA) hahaha...sedih giler2..

tapi bgos la tix abis..mkna nyer org skrg da boleh terima Harimau Malaya...da x kutok2 cm dlu lg da..baru lah korg dpt bukak mata luas2 kan skrg? (spe terasa tuh lantak pi la!) kalau dlu sume dok pakat kutok bagai...skrg jer bru nk trime..hope korg leh la support Harimau ni pai bile oke? even kalau dorg jatuh 1 hari nanti..jgn plak korg kutok! mengerti?? xD

mlm td cik Rose g Uptown Danau Kota..perh..kiri kanan org dok jual jersi Harimau Malaya..perh..mmg penuh la kedai2 tuh..konfem kaya tokey kedai tuh! hakhak..dr size budak...smpai la size xxxl kot..sume nyer ader..bak kata tukang jual tuh "mali kakak..mali beli ini jersi..manyak murah..sapuloh ringgt sja.." hahaha...mmg rm10 jer pon..oke la kan..nk bli original x mampu akk oii...hahaha

yang paling menyedihkan hati bila pg td cik rose bukak link ni http://www.tickethotline.com.my/ kononya nk beli tiket la..skali hampeh!! sume sold out!! mau x nyer cik Rose sumpah seranah..hahahaha..padan muka..da tau nk beli tp lengah2kan...mnyesal sndiri! muahahah ;p

***mimpi jela dapat beli tiket niyh :(***

Tp tkperla..tgk dpan tv pon boleh! hehehe..jnji sokong! and to Harimau Malaya team..make sure korg jgn bg hampa fans korg..do the best..even spore skrg lebh score dr korg..korg kena buktikan yg korg bukan lemah..korg kena buktikan yg korg sbnrnye The Best!

Monday, July 25, 2011

i'm weak!

bkn bru smlm ko knl aq..da sgt lme..it's been 7yrs! and u really know my weakness! tp hrini ko sentuh kelemahan aku tuh! apa ko nak dr aku sbnrnya?? yer! aq tau ko pnh tolong mse aq kna tgkap basah! ko ungkit! aq leh trime..tp bila ko sentuh mak bpk aq..sorry dude..i'm pissed off! u noe that is my biggest weakness!! but u still touch it! kau jugk tau aq xboleh mrh org..tp ko buat aku mrh ko! ape ko nk sbnrnya??? ko nk tgk aq jatuh?? ha?? ko nk tgk aq mati ker ha bru kau puas hti??

yes! u did it!! mmg aq mrh kau giller babi..but then im feel like i wanna kill myself!! u noe dat dude!!!
THANK YOU SO MUCH!

Sunday, July 24, 2011

so what??

weyh!! aku ade mulut..so sukati aku r nk ckp ape! lau aq sebut nme ko pon lau bnda xbetul asl lak ko nk terasa?? siap nk menyalak2 lagi!! ko pehal? xpuas hati dgn aq?? so what? nk pukul aq? pukul la! nk bunuh aku?? bunuh r!! nk tembak aku?? tembak r!! ko ingat aku takot?? g MAMPOS r weyh!!! hilang sorg kawan ko aku x kesah la!! mmg sial la ko kan??

kesian dia

tber2 cik Rose teringat sesuatu tg boleh dishare kt cni.. :)
tak lama dlu sedang dduk melepak kat KL, ttber2 ade sorg budak dtg jumpa aku..aku xknl pon spe dia..tp nmpak mcm naif giler..dia tegur pon dgn cra yg sgt berhemah..so hati terdetik 'layan jerla budak ni..kesian plak tgk muka dia' :)

lyan punya layan..tber2 dia bukak crite pasal hidup dia..kesian dia..rupa2nya budak ni ade mslah dgn fmily dia..erm..biarlah cik Rose knlkan dia sebgai Anita (bukan nama sebenar). :)

"akak sy nk tnya boleh?",anita memulakan bicara. "nk tnya ape dik?" "akk bhagia x dgn family akk?" 
terkjut kejap! npe plak budak ni..tber2 tnya soklan mcm tuh..buang tebiat ke ape ni? huhu... "bahagia sgt dik..npa plak adik tnya cmtuh?" aq dapat perasan muka anita berubah bila aku ckp mcm tuh...

"akk nk dgr crite pasal sy x? sy xder teman nk crite...sy ingt nk crite dgn akk jer..boleh x?" tnya anita lg. "boleh dik..crite la". "sya ader 3 org adik beradik..2 orang laki..sy sorg jer perempuan, mak sya xkeje..ayah jer keje". "Ooooo..da tuh? ape mslhnyer?", tnya ku.

"sebulan lpas sy blik kg..ader kenduri..isteri sepupu sy nk pergi umrah..so dia buat kenduri..mula2 sy xnk pergi..tp dia col pagi2 buta pksa pergi..sy kesian la..so pergi..sy tnya mak sy nk ekot x..mak sy ckp tkperlah..sbb ayah sy x bg". terus anita lg "tapi sy kesian mak sy..dia mesti sedeyh..sy tau tuh".

"da tuh awk blik kg x?" tnya aku lg. "terpksa blik jugak..sbb mak suroh".
aku lihat matanya berair.basah. seperti menahan air mata jernih dr terus mengalir. aq terkesima bila melihat dia begitu. sungguh x ku sangka..dr luaran dia seperti seorang yg tiada masalah hidup..tp trnyata sangkaan ku meleset.

anita meneruskan crite lagi. "akk nk tau..sy smpai2 jer sume org dok tnya..sy sorg jer ke..mana mak dgn ayah..sy jd xtau nk ckp ape da..sbb mmg slalu mcm tuh..pantang je ada kenduri ke..ape ker..mst sy sorg jer yg blik..mak dgn ayah sy msti x ikot..cume kdg2 je mak sy ikot..tuh pon tgk mood ayah sy..lau dia bg..bru mak ikot", cerita anita.

"Ooooo....abis tuh awk ckp ape je dgn dorg sume?" tnya aku lagi. "sya cakp la mak sy cbok...adik sy ader event kt sekolah, so xdpt nk dtg..cuma mak kirim salam jer nan dorg". "ok la tuh..at least mak awk ader jugak kirim salam" kata aku.

aku masih lg tertanya2..npa budak ni crite kt aku masalah dia..knl ke aku dgn dia? rasa2 aku xpnh plak knl dia..terselisih pon xpenh! hahaha..tp aku layankan aje..sekurang2nya ada jugak kwn smbil tgu mmber2 aku smpai..tp jauh disudut hati..aku kesian kan dia. hurm..

"lepas abis jer kenduri, mse siap2 nk packing lauk2..mkcik sy tber2 besuara..aku ada kampung..so mmg wajib la aku blik jenguk kg tuh selalu! dia ckp smbil pndang sy kak..mula2 sy x terasa sgt..tp bila sy nmpk mkcik2 yg laen bg isyarat mcm tuju kan kt sya..tros sy terasa giler!!", marah Anita.

apa yang aku mampu ckp hanyalah "sabar jerla dik..mungkin mreka xtau ape sbnrnya yg awk rasa..sbb tuh dorg maen ckp jer..mungkin dorg x sngaja nk ckp mcm tu..mne tau kan...", kata aku cuba untuk menyejukan hati anita.

agak lama jugak lah kami brcerita. dari satu kedai ke satu kedai kami melepak..berbelas2 gelas air yang kami minum..barulah aku teringat yg aku mempunyai janji temu dgn teman2..lalu ku titipkan beberapa pesanan buat Anita.

"bersbarlah, sesungguhnya ujian itu akan membuat kita lebih tabah untuk menghadapi hidup. itu juga akan membuat kita lebih matang, dan jgn sesekali pernah untuk lari dr menghadapi masalah yang ada. juga jgn pernah menidakkan kenyataan", nasihat aku.

"InsyaAllah kak", janji Anita pada ku. Bertanya pada diri sendiri, apa akn lakukan jika aku berada ditempatnya? adakah aku akan patah semangat? atau adakah aku akan hilang arah hidup? Jiwa kacau mungkin? hurm..entahlah. Harap2 aq tidak menjadi seperti dia :)

buat Anita, akk harap awk tabah teruskan hidup yer? akk percaya awk gadis yg kuat! luv u dik! <3

Saturday, July 23, 2011

keredhaan yang dirahmati





tber2 rasa tangan ini gatal untuk menaip sesuatu..aq perlukan teman untuk bercerita..tp siapa yg sudi? mahukah curahan hati ini didengari mereka? apekah mereka2 ini siap untuk mendengar keluh kesah yg lahir dr hati seorang hamba yg bernama rose? hurm..fikiran melayang terbang..jauh entah kemana..tidak tahu ape yg hendak dicari nyer..
ketenangan barangkali..ketengan yang sekian lama di cari, tp tiada terjumpa, masih terpinga2 untuk meneruskan hidup yang ntah brapa lama akan bertahan.. :)


meyingkap tabir malam dengan perasaan yang berbaur..marah! sedih! gembira?? jauh sekali..hurm..setelah 22 thun menginap di bumi..baru mlm ini terasa ingin meluahkan segala perasaan..perasaan yg telah lama disimpan lalu menjadi karah yang sgt menyakitkan..


punca nya hanya satu..mencari lelaki yang betul2 lelaki! ye! itulah yg aku rasa kan selama ni..mungkin melalui mata kasar kamu melihat aku seperti terasa sgt bahagia menikmati hidup bersama keluarga..zahirnya..batinya?  hanya yg mengalami sahaja tahu..


memang!! aq cemburu pada mereka yg mempunyai keluarga yg sgt bahagia! tp aq? bahagiakah aq? gembirakah aq? hari2 yang aku lalui semakin kelam..inginku lari jauh ke hujung dunia..berteriak pd sang alam, menyatakan keluh kesahku. 


hanya sang alam sahaja mengerti perasaan ku. sang alam sahaja yg dapat melihat segala musibah yg berlaku. dia lah saksi terbesar dalam hidup ku. mempunyai lelaki seperti itu tidak pernah membuatku rasa bahagia, malahan makin terluka dengan tindak tanduknya, seperti menganggap aq tidak pernah wujud dialam fana ini.


bukankah aku dijadikan dr benih engkau sendiri? tp mengapa ini balasan yg aq terima? atau ini adalah balasan diatas segala kesalahan merek2 yang terdahullu? lalu kau lemparkan dosa itu terhadap ku..sepatutnya engkau lebih mengerti, kau sepatutnya melihat aku seperti engkau melihat diri kau. aku adalah jelmaan diri kau yg sebenar, cuma kita berlainan jantina. 


kau lelaki dan aku perempuan! itu sahaja beza nya! yang lain? semuanya serupa! tiada tolok bandingan nya! tapi kenapa engkau menidakkan semua ini? kau campak aq kedalam dosa yang engkau sendiri lakukan! kau tolak aku jauh dari kehidupan kau! apakah ini yang engkau hendak lihat setelah terhasilnya aku? 


kau kurangkan kasih sayang kau! tahu kah engkau bahawa aku terlalu mendambakan kasih sayang kau!! terlalu lama aq mendambakan nya! 22 tahun aku menanti! tp tiada pon satu perkhabaran gembira yang aku dengar! 


aku menjadi lemah tatkala ini berlaku, aku hampir tidak berdaya memandang wajah mulus mu apatah lagi menengurmu. karena aku tau bahawa aku akan terus terluka dengan perilakumu.


mungkin selamanya akan terus begini. aku redha :)

hari yang menyebalkan!

hari2ku berlalu dgn sgt indah..tetapi tidak terlalu lama bertahan..tiba2 perkhabaran yg tidk enak singgah menyapa pendengaran :) berlaku satu pertemuan yang trnyata amat membuntukan benak fikiranku..segala kesalahan diri ditujukan pada mereka2 yang masih mentah mengenal kehidupan. sedangkan kesalahan itu dtg nya dari kekhilafan kendiri. apakah 'kejelousan' menyebabkan terjadi nya perkara berbangkit ini? setelah ditimbal..kesalahan ini berlaku kerana terdapatnya kesalahfahaman antara hamba2 ini :)



maka setelah kata sepakat dicapai, maka berlaku la tolenrasi diantara kedua2 belah pihak. selamat la sudah akhirnya pertemuan yg bagiku agak mengjengkelkan. harap selepas ini tiada lg persengketan berlaku..kalau ada pon biarlah secara berhemah...bukan nya seperti td..hanya tau menunjuk kearah org yg serba kenaifan..ingat la bahawa 1 jari menunjuk kearah org..lg 4 menunjuk kearah diri sendiri :)

Friday, July 22, 2011

Malaysia XI vs Chelsea (The Blues)


KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.

Malaysia menolak peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi A. Thamil Arasu, namun dia gopoh apabila hanya berhadapan penjaga gol Chelsea, Peter Cech dan langsung tidak dicabar oleh pertahanan Chelsea, tetapi dia percubaannya jauh tersasar.

Tidak banyak harapan diberikan kepada skuad Pilihan Malaysia yang menggunakan 13 tonggak Harimau Muda di samping dibantu 9 pemain senior, namun persembahan mereka terbaik jika dibandingkan dengan dua keputusan sebelum ini ketika skuad Harimau Malaya kalah 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool.

Seperti mana yang dijanjikan jurulatih Ong Kim Swee, dia menurunkan semua pemain seniorpada permulaan perlawanan dengan hanya dua pemain skuad Olimpik, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi mengisi kesebelasan utama.
Sementara Chelsea tidak menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Peter Cech, Didier Drogba, Ashley Cole, John Obi Mikel dan John Terry sebaliknya memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Ryan Bertrand dan Joshua McEachran pada babak awal perlawanan.

Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.
"Malahan pada babak kedua, apabila saya menurunkan sebahagian besar pemain muda, permainan lebih tersusun malahan kita hampir menyamakan kedudukan.

"Ia merupakan satu persembahan baik daripada skuad negara malam ini sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik," katanya.


Bogel Menuju Tuhan


tiba-tiba cik Rose rasa terpanggil untuk menulis tentang "Bogel Menuju Tuhan". Jangan fikir bukan2 yer..itu ada tajuk novel terbaru Zahiril Adzim..novel itu diterbitkan apabila terlalu byk entry2 yg di taipkan di belog beliau.
aku turut serta memfollowing belog itu, dan trasa sgt kagum membaca setiap ayat yg ada..walaupon bg sesetengah org sgt kasar..tp itu lah yg unik nyer..

"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"

dipetik dari : http://zahiriladzim.blogspot.com/

cik rose dan fatin sempat berdebat dgn seorg hamba yg nama nya dirahsiakan mengenai perkataan BOGEL itu sendiri. seperti apa yg telah dijangka oleh sang penulis..mmg itulah yg sedang terjadi dikala ini.

Aku pasti, akan wujud suara - suara yang mempertikaikan sekaligus menghakimi tajuk buku ini. Terserahlah, kerana aku yakin ramai pembaca hari ini lebih matang, lebih tahu apa yang lebih penting. Samada kulitnya atau isinya.

Dont judge a book by its title. Amaaigaaddd...

dipetik dari : http://zahiriladzim.blogspot.com/

ternyata mereka2 yang buta sastera sahaja akan berkata demikian..tajuk itu sndiri mempnyai maksud yang tersirat, kita sebagai pembaca perlu lebih telus berfikir dan meneliti maksud yang ingin disampai kan.. bukan nya seperti kata ini.

sy cuma xsetuju dgn pekataan bogel jew....rasa nya pekataan tu selalu diguna kn utk mengurai kn kata2 yg negatif ~ pe pon isi buku tu memang best.


ha3,,,tu laa..kang dh ckp td..sy nie cuma orng kampung jew...munkin perasaan malu perkataan yg kurang manis di angkat jd tajuk...sbb tu sy xsetuju pekataan bogel tu di sambung kn dgn pekataan tuhan...


sepatutnya kita guna semula ilmu masa sekolah dlu..ilmu bahasa melayu..dalami mksud sebelum menghakimi..
BOGEL dapat sy huraikan :: bersih dan suci dari semua komitmen , karma , perasaan dan kehendak..means zero..nothing.. :) mcm bayi..sesuci kain putih.. :) setelah diketik dan diselongkar dengan bantuan google.


terpulanglah pada kalian untuk menilai semula BMT itu..tp itulah naskah yg paling bagus pernah wujud selama penghidupan cik Rose :)


sedikit informasi mengenai BMT


penglipurlara ::




Harga: RM30 (tak termasuk kos penghantaran) 
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa 
Penulis & Rekabentuk Kulit : Zahiril Adzim 
Blurbs : Ana Raffali 
Prakata oleh Nora Murat. Sultanmuzaffar, Hanis Zalikha

Halaman:108 
ISBN: 978-967-10126-3-5 
Tahun: 2011 


To order; 

1. Pls SMS 017-2002944 (Type 
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605) 

Belian Online
http://tokobuku.fotopages.com/

Tuesday, July 19, 2011

Juvana finale episode

finally!!! abis juak crite Juvana kt TV3 yg sgt2 la Cik Rose gilai!! xD
ending yg dpt cik Rose agak dr mula! cikgu Ariffin msti akn jd hero punyer! :)
so..to all Juvanian..thumbs up! witout the good team work JUVANA wouldn't be a super duper story! 
so..cik Rose harap..ader la Juvana 2 or film yerk! xD

Sunday, July 17, 2011

sumpah! tak tipu!


Sumpah sy syg kawan2 sy! Tak tipu! tp dorg syg Cik Rose x mcm cik Rose syg dorg?
Sumpah Cik Rose x pernah lupa kwn cik Rose! tp dorg pernah x ingat cik Rose?
Sumpah! Tak Tipu! Cik Rose sggup ssah untuk dorg! tp Pernah x dorg ssh tok cik Rose?
Sumpah! Tak tipu! cik mmg kuat meleter! tp sbb cik Rose xnk kwn2 cik Rose rasa ape yg cik Rose prnah rasa! 
Sumpah! Tak tipu! cik Rose mrh spe2 yg kaco kwn2 cik Rose! tp dorg marah tak kalau cik Rose kena kacau?
hurm..Sumpah! Tak tipu! cik Rose rasa sgt teruk! mcm2 ader! :(

Rumah Kebajikan At-Taqwa


gabungan bekas pelajar SMKPU 1 akhirnya berjaya buat kebajikan!!! :D Cik Rose and the gang berjaya dptkan sumbagan melebihi target! Alhamdulillah..syukur ke hadratNya..semua berjalan dengan lancar..:D
so lps ni..sape2 jer yg nk memberi segala bentuk bantuan sama ada dr segi kewangan, barangan harian, keperluan makanan, leh la diserahkan pd cik Rose and the gang yer! 
so korg leh la click kt "MEMORIES" tuh yer lau nk tgk pix2
***lots of love***